Followers

Monday, March 11, 2013

Lasagna

Hi..ramai yg request resepi nih..sila buat..jgn simpan..hehehehe


Bahan-bahan:


Kepingan lasagna
Keju parut - cheddar

Bahan Sos Merah :

Daging cincang 
Tomato puri 
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Cendawan butang - potong dadu 
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak utk menumis 


Caranya :

1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar,masuk cendawan butang.
3. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan

Bahan Sos Putih

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Keju CheddarGaram
Serbuk lada hitam


Caranya :1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula keju cheedar ..kacau..
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara Penyediaan Lasagna

1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak 
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit mengikut oven masing-masing. Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran. 
p/s : Seelok-eloknya rendam kepingan lasagna dlm air panas 15-30 minit sebelum dimasak.